comscore
Tumpuan :
Bencana

Hanya tinggal 419 mangsa banjir Johor di 5 PPS

Anggota APM Johor membantu membersihkan rumah penduduk kampung. – FOTO: APMJ Johor

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di daerah paling teruk terjejas banjir, Batu Pahat semakin pulih, dengan seramai 419 orang (113 keluarga) ditempatkan di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS), setakat jam 8 pagi tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah itu sedikit menurun berbanding 444 orang (124 keluarga), pada malam tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor berkata, tiada PPS ditutup, penurunan mangsa dicatatkan di PPS yang masih beroperasi.

“Laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) tidak mengeluarkan sebarang amaran hujan lebat di seluruh Johor.

“Walau bagaimanapun Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan lembangan sungai Bekok di Batu Pahat mencatatkan paras amaran iaitu 19.01 meter berbanding aras bahaya 19.20 meter,”katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Azmi, terdapat tiga jalan yang ditutup kepada semua jenis kenderaan iaitu dua jalan di Kluang dan satu di Kulai.

“Dua jalan di Kluang iaitu Jalan Lingkaran Kahang Barat akibat cerun runtuh dan Jalan GSA/Chamek akibat jambatan rosak.

“Manakala satu jalan di Kulai yang ditutup kepada semua kenderaan ialah Jalan Ulu Tebrau – Sungai Tiram kerana cerun runtuh,”katanya.

Loading...
Terkini