comscore
Tumpuan :
Nasional

Hanya tinggal 7,972 mangsa banjir di Batu Pahat

Siti Nur Aina Qaisara Hairul Anuar, 12, sedang menyiapkan modul yang diberi guru sekolahnya ketika berada di PPS Sekolah Kebangsaan Seri Pandan, Batu Pahat.

JOHOR BAHRU: Mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun dengan jumlah terkini 7,972 mangsa daripada 2,299 keluarga yang berlindung di 44 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah itu, setakat jam 8 malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah itu menurun sedikit berbanding seramai 8,659 orang yang terdiri daripada 2,475 keluarga pada jam 4 petang tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor berkata, tiga lagi PPS telah ditutup di Batu Pahat, petang tadi.

“Antaranya PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Air Hitam, Felcra Seri Wangi dan Sekolah Agama Kangkar Merlimau.

“Laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) tidak mengeluarkan sebarangbtanda amaran bagi semua daerah di Johor

“Bagaimanapun berdasarkan laporan cuaca sebenar pula semua daerah berdepan cuaca hujan kecuali di Kluang,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mencatatkan tiga lembangan sungai di Batu Pahat masih lagi berada pada aras amaran.

“Tiga lembangan sungai itu adalah Empangan Bekok yang juga sub-lembangan Sungai Bekok dengan bacaan 19.20 meter bagi paraa bahaya berbanding 19.12 meter (paras amaran); Empangan Sembrong (Sungai Sembrong) dengan catatan aras air 12 meter berbanding 11.27 meter dan Sungai Senggarang di Senggarang dengan bacaan 3.50 meter berbanding 3.28 meter.

“Pada masa sama, lima jalan di Batu Pahat masih ditutup sehingga kini akibat banjir, namun dibuka untuk kenderaan berat sahaja.

“Ia membabitkan Jambatan Sri Dayung di Jalan Parit Haji Arif atau Sri Dayung; Jambatan Parit Jambi di Jalan Parit Jambi; Klinik Kesihatan Sri Medan di Jalan Haji Arif; sepanjang Jalan Parit Warijo dan Kampung Sri Bengkal, Jalan Sri Bengkal,”katanya.

Loading...
Terkini