comscore
Tumpuan :
Nasional

Harap kerajaan stabil dibentuk hari ini – Abang Johari

Abang Johari bersama isteri dan diiringi Datuk Seri Fadillah Yusof, mengundi di SK Merpati Jepang, Kuching. – Foto: NSTP

KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg mengharapkan Kerajaan Persekutuan yang stabil akan dibentuk sebaik selesai proses Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hari ini.

Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata beliau lega dengan keadaan aman sepanjang tempoh kempen.

“Alhamdulillah, di Sarawak khususnya, perpaduan rakyat tetap kukuh (sepanjang tempoh kempen).

“Sekarang rakyat mempunyai pilihan yang kita harap akan membantu kita memiliki kerajaan yang stabil selepas ini,” katanya ditemui selepas bersama isterinya, Puan Sri Dayang Juma’ani Tuanku Bujang mengundi di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang, hari ini.

Turut bersama beliau, calon GPS bagi Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan isteri, Datin Seri Ruziah Mohd Tahir.Selain itu, Abang Johari turut menyeru orang ramai supaya memanfaatkan cuaca baik pagi ini untuk keluar mengundi beramai-ramai. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini