comscore
Tumpuan :
Nasional

Harga diesel di Semenanjung ditetapkan RM3.35 seliter mulai esok

 

Foto hiasan

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

PUTRAJAYA: Kerajaan menetapkan harga runcit bahan api diesel pada RM3.35 seliter bermula tengah malam ini di stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata Kementerian Kewangan melaksanakan penyasaran subsidi diesel yang membabitkan penetapan harga runcit diesel mengikut harga pasaran bermula tengah malam ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media Penyasaran Subsidi Diesel di Kompleks Kementerian Kewangan, di sini hari ini.

Katanya melalui pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, kerajaan menetapkan harga diesel kepada sektor sektor yang layak iaitu Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 yang menggunakan kaedah ‘fleet card bagi kenderaan logistik berkelayakan untuk membendung kesan’ terhadap harga barangan pengguna, ditetapkan pada harga RM2.15 seliter.

Selain itu, SKDS 1.0 bagi kenderaan pengangkutan awam darat termasuk bas sekolah, bas ekspres, ambulans dan bomba kekal pada harga RM 1.88 seliter dan diesel bersubsidi untuk nelayan kekal pada harga RM1.65 seliter.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini