
KUALA LUMPUR: Harga runcit diesel di Semenanjung naik lima sen seliter, manakala harga runcit RON95 dan RON97 kekal tidak berubah dari 30 Januari hingga 5 Februari.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini berkata, harga diesel baharu itu ditetapkan pada RM3.18 seliter berbanding RM3.13.
“Kerajaan menetapkan harga runcit diesel di Semenanjung pada RM3.18 seliter. Harga itu masih rendah berbanding harga diesel yang diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu RM3.35 seliter mahupun harga diesel di pasaran dunia kini,” menurut kementerian itu.
Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal tidak berubah pada RM2.15 seliter.
Manakala harga runcit petrol RON95 dan RON97 juga kekal pada paras RM2.05 seliter dan RM3.43 seliter.
MOF menambah kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memastikan kesejahteraan dan kesejahteraan rakyat yang berterusan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.