comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Harga sayur sudah mula turun – Salahuddin Ayub

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mendapati rata-rata harga sayur dipasaran ketika ini sudah mula turun.

“Rata-rata harga sayur-sayuran di pasaran ketika ini sudah mula turun,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub, hari ini.

FOTO: NSTP

Beliau berkata, rata-rata harga sayur telah turun khususnya harga cili merah hampir mencecah RM25.00 hingga RM27.00 sekilo pada beberapa minggu lalu dan hari ini sudah turun sekitar RM12.00 hingga RM15.00 sekilo.

“Sayur-sayuran adalah barangan yang ada masanya harganya naik dan ada kalanya ia turun.

“Berdasarkan perbincangan dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) ia berlaku pada waktu tengkujuh dan beberapa sayur-sayuran khususnya yang menghadapi musim tengkujuh memang mahal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Jualan Rahmah AEON BiG di AEON BiG Wangsa Maju dekat sini, hari ini.

Katanya, KPDN akan terus mengawasi harga semasa jualan sayur-sayuran di seluruh negara bagi mengurangkan beban rakyat.

Loading...
Terkini