comscore
Tumpuan :
Nasional

Harga Siling Ayam dan Telur Masih Kekal

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa.

Oleh Syafiqah Damanhuri

KUALA LUMPUR: Kerajaan sebulat suara bersetuju harga siling ayam segar bulat tempatan kekal RM9.40 sekilogram.

Manakala harga runcit telur ayam gred A,B dan C juga kekal sehingga ke satu tarikh yang akan diputuskan Jemaah Menteri.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata pewartaan harga itu akan dibuat secepat mungkin untuk dilaksanakan.

“Telur kekal subdisi tiga sen. Dasar dan harga ayam tiada tarikh tutup sehingga kabinet (Jemaah Menteri) buat keputusan lain. Dulu ada tempoh, keputusan terbaharu tiada tarikh akhirnya. Kerajaan pantau pengeluaran eksport dan buat keputusan baru. Keputusan hari ini akan terus berjalan 31 Ogos ini,” katanya dalam sidang media harian di sini, hari ini.

Menurut beliau, bekalan komoditi itu dikekalkan berdasarkan maklum balas di lapangan bahawa harga sekarang seimbang untuk ketiga-ketiga pihak iaitu pengeluar, penternak, peniaga dan pengguna.

Harga itu juga adalah untuk memastikan bekalan ayam sentiasa terjamin di pasaran Malaysia.

Ujarnya data ini diperolehi sejak harga kawalan diperkenalkan pada 1 Julai lalu.

Sebelum ini, kerajaan menetapkan harga siling runcit ayam standard itu tamat pada 31 Ogos.

Loading...
Terkini