Tumpuan :
Dunia Seni

Harun Hashim terkejut isteri hidap kanser tahap 4

Oleh: Izzatie Rizan

PETALING JAYA: “Rupa-rupanya isteri sembunyikan sakit yang dihadapinya,” demikian kata dramatis popular 1980-an, Harun Hashim yang memaklumkan perkembangan terkini isterinya Sakinah Ganjali selepas dikejarkan ke Hospital Al- Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam semalam.

Harun berkata doktor juga sudah mengesahkan sakinah menghidap kanser payudara tahap empat dan kini terpaksa ditidurkan.

“Saya betul-betul terkejut apabila doktor maklumkan dia menghidap kanser…keadaannya kini kritikal sehingga terpaksa ditidurkan.

“Sebelum ini isteri selalu cakap urat bersimpul dan sakit di bahagian payudara apabila ditanya, tapi tak sangka ini yang disembunyikannya,” katanya sayu kepada Buletin TV3

Semalam Sakinah 48, mengalami sesak nafas ketika kunjuangan Buletin TV3 dan Persatuan Karyawan ke rumahnya di Jeram, Selangor.

Lawatan yang diadakan untuk meninjau keadaan terkini pasangan itu yang mengalami kesukaran hiduo bertukar sebaliknya apabila Sakinah terpaksa dikejarkan ke hospital dengan ambulans.

Mengulas lanjut, Harun kini reda dengan ketentuan ilahi.

“Setakat ini doktor tidak maklumkan lagi rawatan susulan untuk Sakinah, namun saya minta sangat jasa baik orang ramai mendoakan kesihatan isteri saya. Beliau adalah wanita tabah yang sentiasa ada disaat saya susah dan senang,” katanya.

Pelakon veteran ini cukup dikenali sebagai hero Malaya di era kemuncaknya, dimana watak Cikgu Shahrin menerusi drama Pa’e cukup melekat di hati peminat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini