comscore
Tumpuan :
Nasional

Hasrat June Wei ke suku akhir tidak kesampaian

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Hasrat pemain perseorangan profesional negara, Cheam June Wei untuk mara ke suku akhir Masters Thailand tidak kesampaian apabila tewas di tangan pemain Belanda, Mark Caljouw.

June Wei gagal mengekang serangan Caljouw dan akhirnya terpaksa akur apabila tewas 7-21, 11-21 dalam pertarungan selama 30 minit.

Kali terakhir mereka bertemu adalah di kejohanan Remaja Antarabangsa di Belanda 11 tahun lalu di mana June Wei muncul sebagai pemenang.

Kekalahan itu menyaksikan rekod pertemuan antara kedua-dua pemain kini terikat satu sama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini