PUTRAJAYA: Allahyarham Faris Haziq meminta untuk disatukan dengan pilihan hatinya seorang jururawat dari Hospital Putrajaya sebaik selesai majlis perkahwinan kakaknya pada 29 Oktober depan.
Itu luahan hati ibu Allahyarham Faris Haziq, Mazlina Mansor, 56 ketika ditemui di Putrajaya petang tadi.
“Kami memang rancang selepas kakaknya kahwin, kita akan bincang mengenai pertunangan Faris Haziq dengan pilihannya tetapi fokus awal adalah selesaikan urusan kakaknya dahulu,” katanya.
Sementara itu bakal tunang Allahyarham, Farah Atikah Bakri yang ditemui menceritakan pada hari kejadian, dia berasa tidak sedap hati seolah-olah ada perkara buruk akan berlaku.
yang maut dalam kemalangan lebih sedozen kenderaan di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong, semalam.
Jururawat dari Hospital Putrajaya itu memaklumkan dia rasa berdebar-debar selepas mendapat tahu mengenai kemalangan ngeri tersebut, sebelum berkali-kali menghubungi Faris Haziq Abu Bakar, 25, namun tidak berjawab.
Sebelum kemalangan, dia ada menghubungi bakal tunangnya kira-kira jam 9.50 pagi dengan Faris Haziq menyatakan sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja.
“Bila tahu mengenai ada kemalangan di Putrajaya, saya hubungi dia banyak kali tetapi tidak angkat… kira-kira 6 petang, kakaknya maklumkan dia sudah tiada.
“Saya terus masuk bilik bedah siasat (Hospital Putrajaya) dan tengok dia (Faris Haziq). Allah SWT lebih sayangkan dia,” katanya yang kelihatan sugul ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Allahyarham Faris Haziq yang merupakan pekerja Pos Malaysia antara dua penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah treler muatan batu pasir merempuh sejumlah kenderaan termasuk motosikal anggota polis trafik semalam.
Kemalangan kira-kira 10.15 pagi yang melibatkan 14 buah kenderaan iaitu treler terbabit, sebuah lori satu tan, tujuh kereta serta lima motosikal itu berlaku apabila treler berkenaan melanggar kenderaan yang sedang berhenti dalam barisan di laluan terbabit. — BERNAMA
| ARTIKEL BERKAITAN: