Tumpuan :
Nasional

Hati-hati! Ada lubang benam di lorong kecemasan KM18.6 Lebuhraya NKVE

Lubang benam dilaporkan di laluan kecemasan di KM18.6 (Arah Selatan) Lebuhraya NKVE. – FOTO: PLUS

KUALA LUMPUR: Kejadian lubang benam atau ‘sinkhole’ dilaporkan berlaku di lorong kecemasan di Kilometer 18.6 Lebuhraya NKVE (arah selatan) antara laluan Kota Damansara ke Damansara.

Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dalam kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, susulan insiden berkenaan, lorong kecemasan dan separuh lorong kiri ditutup demi keselamatan pengguna lebuh raya.

Katanya, pengguna lebuh raya disarankan mematuhi arahan pengawal atau papan tanda trafik di lokasi.

Orang ramai yang menggunakan PLUS boleh mendapatkan info trafik melalui aplikasi PLUS atau laman X @plustrafik untuk merancang perjalanan masing-masing.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini