comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pesawat ringan terhempas di Kapar, Klang

Oleh: Juliana Sharin

KLANG: Sebuah pesawat ringan terhempas di kebun kelapa sawit, Kampung Tok Muda, Kapar, Klang kira-kira jam 1:10 tengah hari tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang dihubungi Buletin TV3 mengesahkan kejadian.

Pihaknya bagaimanapun masih menyiasat insiden tersebut.

Kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Ada. Saya sediakan kenyataan sekejap lagi. Tengah siasat,” katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor turut mengesahkan kejadian tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.56 tengah hari tadi.

“Kita sampai di lokasi kejadian dan mengesahkan pesawat ringan jenis ‘Air Craft Aviation Safety Technology’ itu terhempas dan terbakar.

“Kerja mencari mangsa sedang dijalankan dan jumlah mangsa masih belum diketahui,” katanya.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan, sebuah pesawat ringan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) petang tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud yang dihubungi Buletin TV3 memaklumkan, pihaknya telah mengaktifkan Kuala Lumpur Aeronautical Rescue Coordination Centre (KLARCC) jam 2:20 petang tadi bagi membantu siasatan insiden berkenaan.

CAAM akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Maklumat awal diterima daripada penduduk kampung berkenaan.

Juruterbang atau mangsa belum dapat dikenal pasti.

“Mangsa seperti tertimbus dalam tanah. Orang kampung yang tengok cakap ada seorang sahaja,” kata penduduk yang yang dihubungi Buletin TV3.

Situasi di lokasi kejadian pesawat ringan terhempas di Kg Tok Muda

| ARTIKEL BERKAITAN

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini