comscore
Tumpuan :
Nasional

Helikopter Terhempas: Kehilangan Sivasutan, meragut kebahagiaan keluarga – Bapa 

SITIAWAN: Pemergian mendiang Leftenan T Sivasutan disifatkan bapa juruterbang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), itu bukan sahaja perpisahan abadi malah turut meragut kebahagiaan keluarga mereka.

M Thanjappan, 61, berkata, kehilangan anak lelaki tunggalnya itu agak sukar diterima.

“Mendiang anak seorang yang setia dan baik hati. Dia tidak pernah menolak permintaan kami sama ada (membelikan) pakaian atau apa-apa saja dia akan cuba memenuhinya.

“Kalau ibunya sakit dia akan segera membeli ubat, jika dia suka sesuatu (barang yang dijual) di TikTok dia akan tanya pada saya jika (barang) itu bagus dan esoknya barang itu sudah sampai (dibelikan untuk mereka).

“Dia adalah lambang kegembiraan keluarga kami. Kehilangan Sivasutan bukan saja memisahkan kami secara fizikal tetapi ia membawa semua kebahagiaan dan kebaikannya,” katanya di rumahnya di Taman Serdang Jaya, di sini, hari ini.

Katanya, jika diikutkan dia sanggup menggantikan tempat Sivasutan namun mengakui ia sudah takdir anak kesayangan namun hakikat itu sukar diterima dan mereka sekeluarga masih memerlukan masa untuk menerimanya.

Sivasutan adalah antara tiga kru pesawat Fennec yang terbabit nahas dengan sebuah lagi aset TLDM iaitu HOM-AW139 yang dinaiki tujuh anggota.

Mendiang juga yang bertugas sebagai juruterbang di unit Skuadron 502 baru melangsungkan perkahwinan bersama isteri yang juga seorang doktor gigi pada Januari lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini