comscore
Tumpuan :
Nasional

Henti sebar dakwaan ‘larikan’ Tun Abdul Taib – Raghad Kurdi Taib

FOTO: raghadtaib / Instagram

KUCHING: Isteri kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud iaitu Toh Puan Raghad Kurdi Taib memohon orang ramai untuk tidak lagi menyebarkan isu berkaitan tindakan membawa keluar Tun Abdul Taib dari hospital.

Menerusi  surat terbukanya, Raghad berkata, tumpuan beliau ketika ini adalah kesejahteraan dan keadaan kesihatan suaminya itu.

FOTO: raghadtaib / Instagram

“Saya dengan rendah hati memohon tolong hentikan semua andaian dan tuduhan jahat ini terhadap saya kerana keutamaan saya hanya untuk menjaga suami saya pada ketika ini.

“Tolong jangan percaya dengan mana-mana khabar angin yang diperkatakan tentang saya,” katanya.

Beliau  berkata, walaupun bukan dilahirkan di Malaysia namun sebagai rakyat Malaysia beliau tidak akan sesekali meninggalkan negara ini.

Katanya, beliau akan meneruskan kerja amal yang dilalukan sebelum ini selepas keadaan kesihatan Tun Abdul Taib kembali pulih.

“Dengan ini, saya harap kita semua mendoakan Tun Abdul Taib, terima kasih,” katanya.

Terdahulu, menerusi satu hantaran dalam InstaStory, Raghad berkata, laporan itu adalah palsu sambil berkongsi gambar tentang perkara berkenaan.

Turut dikongsikan satu laporan yang dikatakan dikeluarkan oleh doktor  dari hospital tersebut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini