comscore
Tumpuan :
Nasional

Hilang 3 hari dalam hutan, dua lelaki ditemui selamat

FOTO: JBPM

KENINGAU: Dua lelaki yang dikhuatiri hilang selepas masuk ke hutan di Forest Tibow Sepulut, Sook, di sini, Selasa lalu, ditemui selamat, hari ini.

Kedua-dua mangsa berusia 23 dan 30 tahun dikatakan masuk ke kawasan hutan berkenaan untuk memancing.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima laporan pada 8.59 pagi, hari ini.

Katanya, pasukan operasi membabitkan pelbagai agensi digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Operasi yang dijalankan membabitkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Kedua-dua mangsa ditemui jam 3.45 petang oleh kakitangan Jabatan Perhutanan di tepi jalan dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Menurutnya, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan jam 3.50 petang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini