comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Hilang 8 hari, akhirnya jumpa dalam sungai


Oleh Fazli Ahmad

CAMERON HIGHLANDS: Mayat seorang lelaki dipercayai pelancong India yang dilaporkan hilang selepas mendaki Gunung Jasar dekat sini sejak lapan hari lalu ditemui di dalam sungai dekat Kampung Atap, berhampiran sempadan Pahang dan Perak, dekat sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Azri Ramli berkata, mayat ditemui kira-kira jam 3:40 petang.

Bagaimanapun katanya, mayat mangsa belum dapat dibawa keluar dari lokasi terbabit kerana faktor geografi.

“Pasukan penyelamat akan menggunakan helikopter untuk membawa keluar mayat berkenaan esok.” katanya menerusi kenyataan media di sini semalam.

Mangsa Nanda Suresh Nadkarni, 44, dilaporkan hilang selepas mendaki Gunung Jasar, 22 September lalu.

Mangsa dilaporkan mendaftar masuk di sebuah hotel di Tanah Rata 19 September dan sepatutnya mendaftar keluar 24 September lalu tetapi tidak kembali ke tempat penginapannya selepas mendaki Gunung Jasar.

Berikutan itu, pemilik hotel terbabit membuat laporan mengenai kehilangan mangsa 25 September lalu.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata kira-kira jam 3:30 petang tadi pasukan penyelamat menemui jaket dan beg galas mangsa berhampiran Sungai Ubi.

Susulan penemuan itu katanya, pasukan mencari dan menyelamat melakukan pencarian di sekitar kawasan sungai terbabit termasuk ke Kampung Atap terletak di Perak dan menemui mayat mangsa.

“Keadaan cuaca hujan petang tadi menyebabkan operasi membawa keluar mayat mangsa tidak dapat dilakukan dan pasukan mencari dan menyelamat terpaksa bermalam di lokasi penemuan mayat itu.” katanya.

Mayat lelaki terbabit dijangka dibawa keluar jam 9 pagi menggunakan helikopter dan akan dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini