comscore
Tumpuan :
Nasional

Hilang dari pusat jagaan: Kanak-kanak, remaja ditemui selamat di Melaka

Foto hiasan

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak dan dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari sebuah pusat jagaan anak-anak yatim di Kuala Pilah sejak Jumaat, ditemuI selamat di Melaka malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supt Amran Mohd Ghani berkata, hasil maklumat orang awam, ketiga-tiganya ditemukan berada dalam jagaan ibu saudara dan nenek seorang daripada mereka di sebuah rumah.

“Kanak-kanak dan dua remaja itu berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang kecederaan.

“Mereka bersama-sama dua wanita berusia 35 dan 67 tahun itu kemudian dibawa ke Balai Polis Simpang Bekoh, Jasin kira-kira 9 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kanak-kanak itu dan dua remaja berkenaan kemudian diserahkan semula kepada pihak pengurusan pusat jagaan terbabit.

Semalam, media melaporkan ketiga-tiga mereka yang berusia antara 11 hingga 14 tahun dilaporkan hilang dari sebuah pusat jagaan anak-anak yatim milik badan bukan kerajaan (NGO) dan laporan kehilangan dibuat oleh pusat jagaan tersebut pada hari sama.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini