comscore
Tumpuan :
Kemalangan

[VIDEO] Hilang kawalan punca tiga maut

 

SEGAMAT: Kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 172.2 Johor Bahru ke Seremban di persimpangan Kampung Kwongsai dekat Segamat, petang semalam dipercayai berpunca daripada MPV Toyota Sienta yang hilang kawalan.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, kejadian 6.30 petang itu, MPV Toyota Sienta dipandu lelaki berusia 36 tahun berkenaan memasuki laluan bertentangan setelah hilang kawalan.

Beliau berkata, dua mangsa rentung meninggal dunia dan seorang lagi cedera parah di tempat kejadian akibat tersepit dalam Mercedes Benz.

“Pemandu MPV Toyota Sienta itu dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Segamat turut meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah kesan kemalangan dan terbabas ke dalam gaung sedalam lima meter.

“Kemalangan berlaku apabila MPV Toyota Sienta itu gagal dikawal sebaik tiba di lokasi kejadian lalu bertembung melanggar bahagian hadapan (Mercedes Benz),” katanya ketika dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zamry berkata, siasatan mendapati pemandu Mercedes Benz lelaki berusia 35 tahun maut bersama penumpang seorang warga emas berusia 62 tahun.

Turut maut pemandu MPV Toyota Sienta berusia 67 tahun.

Proses bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS) dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Loading...
Terkini