comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Himpunan Selamatkan Malaysia’, polis buka enam kertas siasatan

 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid. – Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Sebanyak enam kertas laporan diterima Polis Kuala Lumpur melibatkan penganjuran ‘Himpunan Selamatkan Malaysia’ yang bakal diadakan sekitar pusat beli belah Sogo, Sabtu ini.

Ujar Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, pihaknya turut membuka enam kertas siasatan bagi penganjuran yang didakwa berlaku pada Hari Malaysia, 16 September.

Susulan itu siasatan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Antara yang akan dipanggil memberi keterangan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hilman Idham ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Polis dalam pada itu perlu dimaklumkan lebih awal rancangan mengadakan perhimpunan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin.

Mengikut peruntukan undang-undang, penganjur perlu memberi notis kepada polis selain mendapat kebenaran pemilik lokasi perhimpunan.

Pihak penganjur juga perlu memohon kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau pemilik kawasan lokasi perhimpunan seperti termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Himpunan dijangka dihadiri 10,000 peserta yang kemungkinan berhadapan tindakan undang-undang berikutan penganjur tidak membuat permohonan untuk berhimpun.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan berkata, proses pemakluman kepada polis dan mendapatkan kebenaran berkemungkinan mengambil tempoh antara empat hingga lima hari.

Loading...
Terkini