comscore
Tumpuan :
Nasional

Hishammuddin Mengadakan Lawatan Rasmi Ke Brunei

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengadakan mengadakan pertemuan empat mata bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini selepas mengadakan beberapa pertemuan dengan Menteri Luar Negeri II Negara Brunei, Datuk Erywan Mohd Yusof.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Dalam satu kenyataan, pertemuan Datuk Seri Hishammuddin bersama Datuk Erywan Mohd Yusof itu membincangkan tiga perkara mengenai vaksin COVID-19, khususnya mengenai pengaturan vaksinasi timbal balik selain memastikan akses terhadap bekalan vaksin untuk Malaysia dan Brunei.

Selain itu, beliau membincangkan pengiktirafan bersama sijil vaksinasi antara kedua-dua negara yang mana langkah ini akan lebih memudahkan pergerakan rakyat antara kedua-dua negara.

Datuk Seri Setia Haji Erywan dan Datuk Seri Hishammuddin memperakui bahawa hubungan Malaysia dan Brunei adalah istimewa dan telah terjalin sekian lama, dan kedua-dua pihak berharap hubungan ini dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi terutama di era pasca pandemik COVID-19.

Loading...
Terkini