
BRUSSELS: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan peri pentingnya menghormati nilai manusiawi dalam usaha membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang bertamadun.
Dalam ucapannya ketika majlis minum petang dan ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium semalam, beliau berkata, agak sukar berlaku jika rakyat khususnya golongan belia dan anak muda masih melayan budaya terlalu selesa, tidak mahu berubah, malah terpedaya dengan mainan politik murahan sesetengah pihak.
“Justeru untuk terus membangun dan berjaya, perlunya kebersamaan dari semua pihak termasuk anak jati Malaysia yang berada di luar negara, tidak ketinggalan di persada dunia.” katanya.

Majlis yang diadakan sempena lawatan kerja dua hari Anwar ke Belgium yang bermula semalam, dihadiri kira-kira 200 rakyat Malaysia yang berada di negara itu.
Turut hadir pada majlis itu ialah Duta Malaysia ke Belgium, Luxembourg dan Kesatuan Eropah, Datuk Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak dan Presiden Persatuan Malaysia di Belgium, Sarala Shambulingam.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.