Tumpuan :
Nasional

Hospital Assunta jadi tumpuan susulan kematian Tun Daim

Pengamal media di pekarangan Hospital Assunta. – FOTO: NSTP

PETALING JAYA: Puluhan wakil media berkumpul di Hospital Assunta di sini susulan pemergian bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia hari ini.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 86 tahun.

Pemergian ahli politik veteran dan ahli perniagaan itu disahkan peguamnya, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar, sebentar tadi.

Pengebumian Allahyarham dijangka dilaksanakan hari ini.

Daim berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dua kali, yang pertama dari 1984 hingga 1991 di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di mana beliau memainkan peranan penting dalam mengurus ekonomi Malaysia dan melaksanakan pelarasan struktur.

Beliau kemudian kembali untuk penggal kedua dari 1999 hingga 2001, sekali lagi di bawah Dr Mahathir, untuk menangani isu ekonomi berikutan krisis kewangan Asia ketika itu.

Dilahirkan pada 29 April 1938 di Kedah, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen selama lima penggal antara 1982 dan 2004.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini