comscore
Tumpuan :
Nasional

Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM Nafi Dakwaan Penularan Jangkitan

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menegaskan bahawa kes COVID-19 melibatkan Dewan Bedah hospital berkenaan ketika ini adalah terkawal.

Pengurusan HCTM UKM dalam satu kenyataan hari ini menafikan beberapa penularan mesej melalui media sosial yang menyatakan terdapat jangkitan COVID-19 yang tidak terkawal di Dewan Bedah hospital berkenaan.

Semua kakitangan hospital terutamanya petugas kesihatan sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sama ada di tempat kerja mahupun ketika berada di tempat lain.

“HCTM sangat prihatin terhadap peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan ini dan akan sentiasa memantau perkembangan jangkitan kes COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan dari semasa ke semasa,” katanya. 

Loading...
Terkini