comscore
Tumpuan :
Nasional

HTAR siasat dakwaan kecuaian tertinggal dawai dalam saluran darah pesakit

 

KLANG : Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kecuaian meninggalkan dawai di dalam saluran darah ke jantung pesakit ketika mendapat rawatan di situ.

Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rafi berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara telus mengikut prosedur yang ditetapkan tanpa mengabaikan hak-hak pelanggan.

“Hasil siasatan akan dimaklumkan kepada pesakit atau ahli keluarga bagi mengawal kerahsiaan maklumat.

“Pihak hospital tidak akan berkompromi sekiranya didapati berlaku kecuaian semasa pesakit mendapatkan rawatan di HTAR,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial Facebook bertarikh 7 Disember lalu berhubung rawatan di HTAR yang didakwa cuai dengan meninggalkan dawai di dalam saluran darah ke jantung pesakit ketika mendapatkan rawatan di hospital itu.

Loading...
Terkini