comscore
Tumpuan :
Nasional

HTJ tubuh jawatankuasa siasat dakwaan salah laku pakar orthopedik

Foto tular aduan terhadap pakar orthopedik Hospital Tuanku (HTJ) di media sosial yang didakwa terbabit salah laku.

SEREMBAN: Pengurusan Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan salah laku oleh pakar orthopedik di hospital itu.

Pengarah HTJ, Datuk Dr Zaleha Md Noor dalam satu kenyataan hari ini berkata ia susulan hantaran yang tular di dua media sosial berasingan pada 3 dan 8 Mac lalu berkenaan doktor pakar berkenaan.

Katanya, kandungan hantaran itu turut menyenaraikan dakwaan salah laku yang berlaku di Jabatan Ortopedik HTJ.

Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban. – FOTO: NSTP

Beliau berkata pihaknya memohon mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang andaian terhadap mereka yang terbabit sehingga siasatan selesai sepenuhnya.

Antara isi kandungan aduan bertarikh 7 Februari lalu itu mendakwa seorang pakar orthopedik di HTJ suka menghina dan menggunakan perkataan kurang sopan terhadap pegawai perubatan dan jururawat di dewan bedah di hadapan pesakit.

Berdasarkan aduan itu, pakar orthopedik terbabit dikatakan juga suka membuat serangan seksual terhadap pegawai perubatan wanita dan menggunakan perkataan lucah.

Menurut aduan itu lagi, berlaku rasuah daripada syarikat implan dengan pakar mendapat habuan pergi ke luar negara.

Pengadu berharap supaya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mengambil tindakan segera berhubung aduan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini