comscore
Tumpuan :
Nasional

Hubungan baik dan kerjasama Iran-Malaysia akan terus dipelihara, diperkukuh – PM

FOTO: Anwar Ibrahim / Facebook

Oleh: Azwaliza Azman

PETALING JAYA: Presiden Interim Iran, Mohammad Mokhber memberi jaminan hubungan baik dan kerjasama Iran-Malaysia akan terus dipelihara, diperkukuh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dimaklumkan menerusi perbualannya dengan Mokhber bagi merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Presiden Ebrahim Raisi dan Menteri Luar, Hossein Amir-Abdollahian yang maut dalam nahas helikopter pada 19 Mei lalu.

“Saya memaklumkan bahawa Malaysia akan menghantar seorang Menteri kanan (Datuk Seri Mohamad Sabu) ke Iran untuk menghadiri majlis pengebumian Presiden Raisi.

“Saya juga sempat mengimbau pertemuan sebanyak dua kali dengan Presiden Ebrahim Raisi dan Hossein Amir-Abdollahian pada tahun lepas di New York dan Riyadh dan saya telah memberi jaminan kepada Mokhber bahawa Malaysia akan meneruskan komitmen yang dibuat kepada Iran di bawah kepemimpinan Presiden Raisi sebelum ini.” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Menurut Datuk Seri Anwar, Mokhber merakamkan penghargaan kepada Malaysia di atas perutusan budi dan takziah, sementalahan menyifatkan kedua-dua negara adalah rakan strategik yang menyanjung hubungan politik dan ekonomi yang sangat tinggi.

Mokhber turut berduka di atas kehilangan dua orang kenamaan besar dalam kemalangan tragis dan malang itu selain meninggalkan pengaruh yang sangat kuat di Iran.

Media sebelum ini melaporkan, Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang dalam penerbangan pulang dari satu majlis perasmian empangan di sempadan Iran dengan Azerbaijan pada Ahad maut, apabila helikopter dinaikinya terhempas di Varzaqan, barat laut Iran.

Turut terkorban, Menteri Luar, Hossein Amir-Abdollahian dan beberapa pegawai kanan wilayah turut berada dalam helikopter yang sama

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini