comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Hubungan baik Malaysia – Kemboja bantu tangani sindiket penipuan tawaran pekerjaan

PHNOM PENH : Hubungan baik yang lama terjalin antara Malaysia dengan Kemboja membantu usaha pihak Kedutaan Malaysia dalam menangani isu sindiket penipuan tawaran pekerjaan.

Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim berkata, hubungan baik itu telah memudahkan urusan pihaknya menyelamatkan 286 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan bagi tempoh 2019 hingga 2023.

Menurutnya, pada 2022 sahaja, 250 mangsa diselamatkan dan ia dilakukan dengan adanya koordinasi baik antara pihak Kedutaan dengan polis negara berkenaan.

Beliau bercakap kepada pemberita di Kedutaan Malaysia di Phnom Penh semalam, sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke republik itu, hari ini.

Menjelas lanjut, Datuk Eldeen Husaini berkata hubungan Malaysia dan Kemboja bukan hanya melibatkan kedua-dua kerajaan tetapi juga rakyat dengan rakyat.

Beliau berkata perkara itu jelas kerana banyak pertubuhan bukan kerajaan yang sering datang ke Kemboja untuk membantu terutama Komuniti Melayu Islam Champa.

Ketika ini terdapat kira-kira 5,000 rakyat Malaysia di Kemboja manakala kira-kira 400 syarikat Malaysia beroperasi di negara itu.

Loading...
Terkini