comscore
Tumpuan :
Hiburan

Hubungan Shila Amzah dan Ubai ke fasa seterusnya

FOTO : Shila Amzah / Instagram

KUALA LUMPUR: Penyanyi Shila Amzah, 33, dan pempengaruh media sosial, Ubai MZ, 25, melangsungkan pertunangannya hari ini.

Berita itu dikongsi Ubai menerusi hantaran foto di Instagram (IG), yang memaparkannya dan Shila mengenakan busana dengan rona ungu, sambil duduk atas pelamin.

Tanpa memperincikan butiran dengan lebih lanjut, Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli hanya memuat naik kapsyen ringkas yang memberi gambaran majlis pertunangan berjalan lancar.

“Alhamdulillah,” tulis Ubai ringkas dengan disertakan emoji sebentuk cincin.

FOTO : Shila Amzah / Instagram

Sementara itu, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah meluahkan rasa syukur apabila status Ubai yang sebelum ini hanya teman lelaki kini berubah menjadi tunang.

Shila menerusi hantaran dalam IG turut berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam mempersiapkan majlis pertunangan itu.

Malah, penyanyi lagu Patah Seribu itu berharap mereka diberi kekuatan untuk mendepani cabaran ketika dalam fasa pertunangan.

“Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan kancar. Terlebih terkurang dari pihak keluarga Sha (panggilan Shila), kami minta maaf.

“Terima kasih buat semua yang mendoakan kami. Semoga kami kuat menghadapi segala apa yang mendatang,” tulis Shila

Terdahulu, pasangan ini mengaku bercinta menerusi sesi siaran langsung aplikasi TikTok.

Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun ikatan perkahwinan tidak berpanjangan apabila bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan, Shila dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia dua tahun.

Loading...
Terkini