comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan berterusan, beberapa kawasan di Bandar Baharu dinaiki air

Oleh Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Hujan lebat berterusan selama lebih 2 jam di negeri Kedah mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air.

Laporan dari Angkatan Pertahanan Awam merekodkan banjir kilat berlaku di Bandar Baharu selain keadaan berjaga-jaga di Yan.

Di Bandar Baharu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Leftenen (PA) Abdul Rahim Khairuddin memaklumkan antara lokasi yang dinaiki air termasuk Kampung 300 kaki, Kampung Paya Semambung, Kampung Kilang Batu, Kampung Tengah dan Kampung Balai Tengah.

“Sekurang-kurangnya 15 buah rumah dilaporkan terjejas akibat limpahan air yang bergerak dalam keadaan laju. Air sungai juga meningkat dan melimpah di beberapa kawasan.”

“Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akan dibuka di Sekolah Kebangsaan Relau bagi menempatkan 3 buah keluarga.”

APM juga katanya melakukan kerja-kerja banyuan bagi mengalihkan barangan mangsan di kawasan terjejas.

Pemantauan dilakukan bagi memastikan keadaan selamat bagi mangsa di kawasan berisiko.

Loading...
Terkini