comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan berterusan bermula esok hingga isnin

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat berterusan akan melanda timur Sabah, pantai timur dan utara Semenanjung bermula esok hingga Isnin ini disebabkan angin timuran kencang dari barat Lautan Pasifik.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, pada masa sama satu sistem cuaca bertekanan rendah dijangka terbentuk di Laut China Selatan pada Jumaat ini.

“Sistem ini diramal bergerak ke arah barat merentasi sempadan Malaysia dan Thailand menuju ke Laut Andaman pada 3 hingga 4 Disember ini dan kewujudannya boleh meningkatkan intensiti hujan.

“Ombak besar dan angin kencang turut dijangka melanda pesisir pantai serta perairan Kelantan dan Terengganu.

“Keadaan ini adalah berbahaya kepada sebarang aktiviti pantai dan laut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Helmi berkata, susulan itu MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada membabitkan timur Sabah, pantai timur dan utara Semenanjung bermula esok hingga Ahad ini.

“Orang awam di kawasan terbabit dinasihatkan untuk lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.

“MetMalaysia sentiasa memantau dan memaklumkan perkembangan sistem ini dari semasa ke semasa melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, dan media sosial rasmi,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkanmaklumat lanjut dan keadaan cuaca semasa boleh menghubungi talian hotline MetMalaysia 1-300- 22-1638.

Loading...
Terkini