KUALA LUMPUR: Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini di enam negeri selama tiga hari bermula Jumaat ini.
Menurut MetMalaysia kawasan terbabit adalah bagi seluruh Melaka dan Johor.
Di Terengganu ialah melibatkan kawasan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
Di Negeri Sembilan, melibatkan Kuala Pilah, Jempol dan Tampin, manakala di Sarawak membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.