comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan dah makin galak, harap-harap musim panas segera berakhir

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengunjurkan hujan lebat dan ribut petir di sebahagian besar negeri di Semenanjung dan Sarawak bermula dari jam 2.30 petang tadi hingga 5 petang ini.

Keseluruhan sebanyak 43 daerah atau lokaliti diunjurkan terlibat.

Menurut METMalaysia, negeri tidak terlibat cuma Perlis, Pulau Pinang dan Sabah.

Ini sekali gus menguatkan andaian cuaca panas yang sedang melanda negara ketika semakin berakhir.

Dalam kenyataan sama, jumlah kawasan yang mencatatkan bacaan suhu Tahap 1 atau Berjaga-Jaga juga mula mengecil; menurun kepada 14 daerah di Semenanjung dan masing-masing satu di Sabah dan Sarawak.

Tiada kawasan mencatat bacaan suhu Tahap 2 atau Gelombang Haba.

Bacaan suhu Tahap 1 atau Berjaga-Jaga adalah bagi kawasan yang mencatat suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius tiga hari berturut-turut.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini