KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di ibu negara dilaporkan mula dinaiki air susulan hujan lebat, petang ini.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan ringkas di Facebook (FB) memaklumkan kawasan berkenaan membabitkan Jalan Pudu dan Jalan Sultan (Petaling Street).
“Hujan lebat turun di sekitar ibu kota dan petugas DBKL sedang memantau situasi semasa.
“Paras air di sungai-sungai utama sehingga jam 2.45 petang masih berada pada paras normal dan terkawal. Pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati dan sentiasa berwaspada,” katanya.
Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika dihubungi memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang panggilan berhubung banjir kilat.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.