comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat berterusan tahap waspada di Sarawak dan Sabah hingga Ahad

FOTO: Met Malaysia / X

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak dan Sabah sehingga Ahad ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat di Sarawak ialah Miri dan Limbang dalam tempoh Sabtu hingga Ahad ini, manakala di Sabah membabitkan Sandakan meliputi Telupid, Kinabatangan serta Beluran dan Kudat sehingga Sabtu.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sehingga jam 6 petang ini.

Amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini