KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang diramalkan membadai Perak, Sabah dan Labuan hingga jam 1 tengah hari ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran melalui Facebook, keadaan cuaca itu dijangka melanda Manjung dan Perak Tengah, Perak.
Di Sabah pula, katanya, ia diramal membabitkan kawasan pedalaman Kuala Penyu, serta Pantai Barat termasuk Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.