comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat di ibu kota, Putrajaya, seluruh Selangor sehingga lewat petang ini

Foto: METMalaysia

KUALA LUMPUR: Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang diramal membadai kebanyakan negeri termasuk seluruh ibu kota, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka sehingga jam 6 petang ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dalam hantaran di Facebook sebentar tadi.

Agensi itu berkata kawasan lain yang dijangka terlibat dengan keadaan cuaca sama termasuk Baling di Kedah dan kawasan Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak.

Di Kelantan, kawasan yang terlibat agak meluas membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin) dan Johor (Tangkak, Segamat dan Muar).

Di Sarawak pula membabitkan kawasan Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru dan Miri) manakala di Sabah membabitkan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Sandakan.

METMalaysia berkata amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang ramai dinasihati untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini