comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat di Labuan, Sabah, Sarawak sehingga jam 9 malam ini – METMalaysia

Foto hiasan

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia, (METMalaysia) menjangkakan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang melanda beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah selain Labuan sehingga jam 9 malam ini.

Agensi itu dalam hantaran di Facebook memaklumkan, antara kawasan yang terjejas di Sarawak akibat cuaca itu termasuk Sibu, Selangau, Kapit (Belaga) serta Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi).

Di Sabah pula katanya, keadaan cuaca itu dijangka berlaku di kawasan pedalaman iaitu Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran itu.

Dalam pada itu, orang ramai boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini