comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat diramal di 9 negeri sehingga lewat petang ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di ibu kota selain lapan negeri lain sehingga jam 6 petang ini.

Selain seluruh Melaka dan Johor, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan, cuaca itu diramal di beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah.

Di Kedah katanya, cuaca itu diramal di Kulim dan Bandar Baharu;Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim); selain Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin di Pahang.

Selain itu, Selangor membabitkan kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat;Kuching, Serian, Betong, Sarikei, Sibu (Selangau) dan Bintulu (Tatau) di Sarawak; serta Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan) di Sabah.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Orang awam boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Loading...
Terkini