comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat diramal di Perak, Sarawak sehingga lewat petang ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di Perak dan Sarawak sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), dalam hantaran memaklumkan cuaca itu di Perak diramal di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah dan Kampar.

Selain itu, katanya di Sarawak, cuaca itu diramal di Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah (Tanjung Manis).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran itu.

Dalam pada itu, orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini