comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat diramal melanda 6 negeri petang ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang diramal melanda enam negeri termasuk Sabah dan Sarawak sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berkata, keadaan cuaca itu di Perak diramal berlaku di Muallim, manakala Terengganu pula membabitkan Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

“Selain itu, di Selangor cuaca itu dijangka di Hulu Selangor dan Gombak, manakala Johor membabitkan kawasan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Di Sarawak pula, cuaca sama dijangka membadai Kuching, Miri (Marudi) dan Limbang. Sabah, membabitkan Tawau dan beberapa kawasan di Pantai Barat termasuk Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran ” katanya.

METMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Susulan itu, orang ramai dinasihati untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini