comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat diramalkan di KL, Selangor, Perak, Johor dan Sarawak petang ini

KUALA LUMPUR: Hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang diramal di beberapa daerah di Perak, Selangor, Johor dan Sarawak sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran di Facebook memaklumkan ramalan cuaca sama turut dijangka berlaku bagi seluruh kawasan di ibu kota.

Katanya, di Perak keadaan cuaca itu dijangkakan berlaku di Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Manakala Selangor membabitkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat.

Di Johor, lima kawasan dijangka terlibat membabitkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Pontian.

Di Sarawak, kawasan terlibat lebih tertumpu di kawasan timur utara membabitkan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya.

Selain itu, orang ramai boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini