comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat lebih 2 jam punca Kuala Nerang dilanda banjir kilat

Tangkap layar rakaman video tular yang memaparkan banjir kilat melanda beberapa kawasan di Kuala Nerang, malam tadi.

KUALA NERANG: Beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat lebih dua jam sekitar jam 8 malam tadi.

Difahamkan, pasukan penyelamat seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah serta Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang turun padang melakukan tinjauan di lokasi terjejas.

Berdasarkan beberapa rakaman video yang tular dalam media sosial, beberapa kawasan termasuk premis perniagaan serta pekarangan hospital dilihat turut dinaiki air.

Bagaimanapun setakat jam 11.25 malam tadi, belum ada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Sementara itu, berdasarkan maklumat dalam laman Public Info Banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), air Sungai Laka di Kampung Padang Pasir di daerah Kubang Pasu melebihi paras bahaya.

Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR di daerah Kota Setar dan Sungai Janing di daerah Padang Terap pula melepasi paras amaran setakat jam 11 malam tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini