
KUALA LUMPUR: Hujan lebat, ribut petir beserta angin kencang dijangka melanda lima negeri membabitkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak sehingga jam 9 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran di sosial media memaklumkan, di Kelantan ia dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai manakala Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
“Di Pahang pula, ia membabitkan Maran, Kuantan dan Pekan manakala di Sarawak, ia dijangka melanda Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau) dan Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah)
“Di Sabah pula, ia membabitkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Tongod) dan Kudat (Kota Marudu),” kata METMalaysia.
METMalaysia turut memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.