comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan lebat, ribut petir dijangka di Terengganu, Sabah, Sarawak sehingga jam 11 malam ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda beberapa daerah di Terengganu, Sarawak dan Sabah sehingga jam 11 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran di Facebook memaklumkan di Terengganu, keadaan itu dijangka berlaku di Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

Di Sarawak pula, katanya cuaca itu dijangka di Kuching, Bau, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro).

“Hujan lebat di Sabah pula dijangka di kawasan pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Kinabatangan dan Sandakan.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini