comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan sangat lebat berterusan di Pahang, Johor hingga esok

Foto: METMalaysia

KUALA LUMPUR: Hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya diramal melanda Pahang dan Johor hingga esok.

Menurut amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) yang dikeluarkan pada 9.50 malam ini kawasan terlibat di Pahang ialah Rompin manakala di Johor membabitkan Segamat, Kluang serta Mersing.

Selain itu, hujan berterusan tahap buruk juga dijangka berlaku hingga esok di Pekan, Pahang dan beberapa kawasan di Johor meliputi Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru serta beberapa kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong (Pusa dan Betong).

Hujan berterusan tahap waspada pula diramal berlaku hingga esok di tiga kawasan di Pahang iaitu Maran, Kuantan dan Bera serta di beberapa daerah di Sarawak iaitu Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) serta Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu). – BERNAMA

Loading...
Terkini