comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan tak halang pengundi tunai tanggungjawab

Oleh Ridhuan Hussain

PUTRAJAYA: Meskipun hujan lebat, pengundi di Putrajaya tetap bersemangat untuk turun menunaikan tanggungjawab pagi ini.

Ia termasuk Fauziah Emby, 63, yang telah mula beratur sejak jam 7 pagi tadi.

Beliau bangga menjadi antara yang pertama mengundi di Sekolah Rendah Agama Al-Najah, Putrajaya hari ini.

Jelasnya, beliau cukup bersemangat untuk mengundi kerana mendapat peluang untuk dapat memilih pemimpin yang bertanggungjawab dan membantu rakyat.

Kawalan keselamatan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut dilaksanakan dengan ketat bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar.

Pada PRU-15, Calon BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berdepan dengan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Radzi Jidin mewakili Perikatan Nasional (PN); Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz, 45 dari Pakatan Harapan (PH); Datuk Rosli Ramli, 64, calon Pejuang serta dua calon bebas Samsudin Mohamad Fauzi dan Lim Fice Bee dalam pertarungan enam penjuru.

Seramai 42,881 pengundi berdaftar layak mengundi bagi Parlimen Putrajaya pada PRU-15 yang mana 53 peratus daripadanya adalah anak muda berusia 18 hingga 39 tahun yang mewakili 25,415 pengundi.

Loading...
Terkini