comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan tidak halang perarakan Niti Daun 2024

KUCHING: Perarakan Niti Daun sempena sambutan Hari Gawai Dayak terus mengetengahkan konsep keharmonian “Segulai Sejalai” dalam kalangan rakyat Sarawak yang terdiri daripapada pelbagai etnik dan kaum.

Mengayakan kostum masyarakat Bidayuh, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari mengetuai perarakan itu yang sejauh 1.2 kilometer bermula dari perkarangan Wisma Tun Jugah hingga ke hadapan Jambatan Darul Hana di Kuching.

Ia dimulakan dengan upacara ‘pisien’ oleh Temenggong Atok Derop diikuti acara simbolik pembuka jalan dengan memalu gong sebanyak tujuh kali yang bertujuan memohon agar program berjalan dengan lancar.

Hujan ketika perarakan, tidak menghalang lebih 3,000 peserta daripada 111 kontinjen yang menggayakan busana tradisional masyarakat dayak dari etnik Iban, Bidayuh dan Orang Ulu meneruskan perarakan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini