comscore
Tumpuan :
Nasional

Hujan turun di Kelantan, kerajaan negeri akan anjur lagi Solat Istisqa’

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nasuruddin Daud dan isteri. Foto NSTP

PASIR MAS: Kerajaan negeri mungkin akan menganjurkan lagi Solat Istisqa’ dalam masa terdekat jika cuaca panas melampau masih berterusan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nasuruddin Daud berkata, bagaimanapun memanjatkan rasa syukut kerana hujan turun di sebahagian besar di negeri itu sebaik Solat Istisqa’ dibuat sehari sebelum 1 Syawal lalu.

“Apabila keadaan kemarau berpanjangan, Rasulullah (SAW) menganjurkan Solat Istisqa’ untuk menohon kepada Allah supaya turunkan hujan kerana hujan ni turun dengan perintah Allah.

“Alhamdulillah bila rakyat Kelantan di semua tempat tunaikan Solat Istisqa’ memohon kepada Allah, doa kita dimakbulkan, malah pagi sebelum itu pun hujan sudah turun di beberapa tempat disusuli hampir keseluruhan daerah di negeri ini hujan pada 1 Syawal (semalam).

“Kita harap hujan akan turun dalam keadaan berkala tapi kalau kemarau masih berpanjangan, Insya Allah kita akan sentiasa buat Solat Istisqa’,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kelmarin sebanyak 14 parlimen di Kelantan mengadakan solat sunat Istisqa’ bagi memohon hujan, susulan kemarau yang teruk pada ketika ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nasuruddin Daud dan isteri. Foto NSTP

Terdahulu Mohd Nasuruddin hadir dalam Majlis Rumah Terbukanya di perkarangan Maahad Tahfiz Daril Ulum, di sini, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini