comscore
Tumpuan :
Nasional

Hulu Terengganu Kini Zon Merah

Foto hiasan

KUALA TERENGGANU: Pernah menjadi satu-satunya daerah zon hijau di Malaysia, Hulu Terengganu kini bertukar zon merah akibat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pada musim perayaan Aidilfitri baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus melalui satu kenyataan hari ini berkata, kedegilan sesetengah individu yang merentas negeri dan melakukan ziarah raya telah menyebabkan lima kluster aktif di Hulu Terengganu.

“Antaranya Kluster LH yang berpunca akibat individu pulang berhari raya dari Johor, mengakibatkan 24 penduduk Hulu Terengganu disahkan positif.

“Sehingga kini terdapat 124 kes aktif COVID-19 yang disumbangkan oleh lima kluster aktif di Hulu Terengganu.” katanya dalam kenyataan menerusi akaun Facebook miliknya. 

Terengganu merekodkan pertambahan 207 kes baharu COVID-19 dan dua kes kematian menjadikan terdapat 1,911 kes aktif di seluruh negeri, semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan membabitkan 21 mukim dalam daerah Kuala Terengganu bermula 30 Mei 2021.

Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati berlaku peningkatan kes yang amat ketara iaitu 349 kes atau 370 peratus bagi tempoh dua minggu di semua lokaliti terbabit.

Loading...
Terkini