comscore
Tumpuan :
Nasional

Ibu bersama dua anak maut dalam kebakaran

BALIK PULAU: Seorang wanita bersama dua anaknya maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi tadi dengan dua daripada mangsa ditemui maut di tingkat bawah premis, manakala seorang lagi di tingkat atas.

Perkara itu disahkan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau, Mohd Faris Mansor.

Kebakaran mencetuskan asap tebal kerana membabitkan barangan perabot seperti permaidani dan tilam.

“Difahamkan ketika kejadian, wanita bersama tiga anaknya iaitu dua lelaki dan seorang perempuan berada dalam rumah itu.

“Pada mulanya, wanita terbabit bersama dua anak lelakinya berjaya keluar daripada rumah. Namun sebaik menyedari anak perempuannya masih berada dalam rumah, wanita itu dengan ditemani seorang anak lelaki masuk semula ke premis namun ketiga-tiga mereka gagal keluar,” katanya.

Mohd Faris berkata sehingga kini punca kebakaran serta dan nilai kerugian masih disiasat.

Operasi pemadaman membabitkan anggota BBP Seri Balik Pulau bersama dua jentera dengan dibantu BBP Balik Pulau.

Sementara itu seorang mangsa yang terselamat iaitu anak kedua daripada tiga beradik, dilihat pitam beberapa kali dan masih terkejut dengan kejadian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini